Monday, 19 March 2012


Sama cegah kes pecah rumah        
Kes jenayah pecah rumah malam hari di Kubang Pasu menunjukkan peningkatan

JITRA – Kadar jenayah melibatkan kes pecah rumah pada malam hari di daerah Kubang Pasu menunjukkan peningkatan kepada 161 kes berbanding 135 kes tahun lalu.
      Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, biarpun statistik keseluruhan kes jenayah di daerah Kubang Pasu menunjukkan penurunan kepada 4.1 peratus berbanding tahun lalu, namun ia perlu deberi tumpuan kepada kadar kes pecah rumah pada malam hari yang menunjukkan peningkatan.
       Ahmad berkata, bagaimanapun kes pecah rumah pada siang hari mencatatkan sedikit penurunan sebanyak tiga kes berbanding kes yang dicatatkan tahun lalu.
“Kes jenayah pecah rumah yang berlaku adalah melibatkan rumah

 Ahmad (tengah) beramah mesra dengan orang awam yang juga bekas anggota polis, Heng Eng Ming, 77, (kanan) seelepas perasmian Kempen Pencegahan Jenayah sambi diperhatikan Ibrahim (kiri).
kedai, rumah kediaman dan premis perniagaan di sekitar daerah Kubang Pasu,” katanya selepas merasmikan kempen Pencegahan Jenayah Bersama Ketua Polis Kedah.
        Turut hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof.
   Munurut Ahmad, biarpun indeks jenayah di Kubang Pasu menunjukkan penurunan tahun ini, namun hal ini tidak harus dipandang remeh kerana usaha dan peranan pihak polis dalam mencegah jenayah perlu terus ditingkatkan setiap masa.
         Tambahannya lagi, pelbagai langkah keselamatan perlu dipertingkatkan terutamanya di sekitar Pekan Jitra sebagai langkah berjaga jaga seperti rondaan polis pada waktu malam termasuk pasar raya, taman-taman dan perumahan berhampiran.
Ahmad (hadapan) dengan anggota polis lain meronda kawasan Kubang Pasu
“Justeru itu, selain kawalan dan rondaan polis, kerjasama dan bantuan masyarakat dalam banteras jenayah terbabit sangat diharapkan”, katanya.