Sama cegah kes pecah rumah
Kes jenayah pecah rumah
malam hari di Kubang Pasu menunjukkan peningkatan
JITRA
– Kadar
jenayah melibatkan kes pecah rumah pada malam hari di daerah Kubang Pasu
menunjukkan peningkatan kepada 161 kes berbanding 135 kes tahun lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim
berkata, biarpun statistik keseluruhan kes jenayah di daerah Kubang Pasu
menunjukkan penurunan kepada 4.1 peratus berbanding tahun lalu, namun ia perlu
deberi tumpuan kepada kadar kes pecah rumah pada malam hari yang menunjukkan
peningkatan.
Ahmad berkata, bagaimanapun kes pecah
rumah pada siang hari mencatatkan sedikit penurunan sebanyak tiga kes
berbanding kes yang dicatatkan tahun lalu.
“Kes jenayah pecah
rumah yang berlaku adalah melibatkan rumah
Ahmad (tengah) beramah mesra dengan
orang awam yang juga bekas anggota polis, Heng Eng Ming, 77, (kanan) seelepas
perasmian Kempen Pencegahan Jenayah sambi diperhatikan Ibrahim (kiri).
kedai, rumah kediaman
dan premis perniagaan di sekitar daerah Kubang Pasu,” katanya selepas
merasmikan kempen Pencegahan Jenayah Bersama Ketua Polis Kedah.
Turut hadir sama pada majlis itu ialah
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof.
Munurut Ahmad, biarpun indeks jenayah di
Kubang Pasu menunjukkan penurunan tahun ini, namun hal ini tidak harus
dipandang remeh kerana usaha dan peranan pihak polis dalam mencegah jenayah perlu terus ditingkatkan setiap masa.
Tambahannya lagi, pelbagai langkah keselamatan
perlu dipertingkatkan terutamanya di sekitar Pekan Jitra sebagai langkah
berjaga jaga seperti rondaan polis pada waktu malam termasuk pasar raya,
taman-taman dan perumahan berhampiran.
Ahmad (hadapan) dengan anggota
polis lain meronda kawasan Kubang Pasu
“Justeru itu, selain
kawalan dan rondaan polis, kerjasama dan bantuan masyarakat dalam banteras
jenayah terbabit sangat diharapkan”, katanya.
No comments:
Post a Comment